Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya saya berjaya menghasilkan bolg saya sendiri.Berkat tunjuk ajar daripada Puan Haslina selaku pensyarah subjek Pengurusan Sumber yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar sehingga blog ini terhasil.Terima Kasih puan,,semoga tunjuk ajar puan di berkati dan hanya Allah yang dapat membalasnya..
Saya berasa amat berbangga kerana berjaya menghasilkan blog ini walaupun tidak begitu sempurna namun saya bekerja keras untuk menyiapkannya.Saya akan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa.Pada permulaan untuk menghasilkan blog ini saya berasa agak khuatir terhadap kemampuan saya kerana untuk menghasilkan blog ini saya perlu mempunyai kemahiran yang baik dalam bidang multimedia namun setelah tutorial dan tunjuk ajar yang diberikan oleh puan Haslina, saya dapat juga menghasilkan blog ini.
Saya mempelajari sesuatu yang baru apabila memasuki Kampus Ilmu Khas ini.Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang telah saya perolehi.Tiada yang mustahil dapat kita capai jika kita tidak berputus asa apabila sentiasa mencuba tanpa putus asa.Sentiasa berusaha dan bertanya tanpa jemu untuk melakukan sesuatu yang baru.Semoga ilmu yang di perolehi mendapat keberkatan olehNya...Sekian,terima Kasih
Buat mu puan Haslina..
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
Terima kasih kami ucapkan,
Kerana puan selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.
Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
Terima kasih daun keladi,
kerana sudi menolong kami,
kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi..







